Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I

Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-27 bagi menggantikan Sultan Abdullah Muhammad Shah II dari tahun 1874 ke 1877. Baginda adalah putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Sultan Perak yang ke-22). Semasa Sultan Jaafar Mua'azzam Shah mangkat pada tahun 1865, dan juga semasa Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah mangkat, baginda telah tidak dipilih menjadi Raja Bendahara walaupun baginda layak dan berhak. Ini disebabkan ramai Raja-raja dan orang besar-besar Perak tidak sukakan baginda. Apabila Raja Muda Raja Abdullah dipilih menjadi Sultan Perak yang ke-26, baginda telah diangkat menjadi Raja Muda supaya dapat menguatkan kedudukannya, dan pada masa itu baginda bersemayam di Senggang.

Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I

Raja Muda Raja Idris Shah
Ayahanda Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu Abdul Rahman
Pemerintahan 11 Mei 1886 - 26 Julai 1887
Pasangan Toh Puan Besar Raja Fatimah binti Toh Besar Indira Bongsu
Bonda Raja Ngah Aminah binti Almarhum Raja Alang Radin
Dimakamkan Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British
Agama Islam
Kemangkatan 26 Julai 1887
Sayong, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British
Pengganti Sultan Idris Murshidul Azzam Shah
Pendahulu Sultan Abdullah Muhammad Shah II